Monday, 8 April 2013

Konsep Sekolah dan Piagam Pelanggan





* Tahap kecemerlangan adalah infiniti tiada had dan tiada titik akhir
* Peningkatan dan penambahbaikan kecemerlangan yang berkesan
* Mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum dan sebaik mungkin

 PIAGAM PELANGGAN

*Memberi perkhidmatan cemerlang dan berkualiti 
* Memberi peluang seluas mungkin kepada murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum .
*Berusaha menyediakan guru dan anggota kumpulan sokongan yang berkualiti, berinovasi dan kreatif 
*Menyalurkan maklumat kepada staf, murid dan ibubapa dengan kadar segera 
*Menyediakan suasana persekitaran sekolah yang selamat dan selesa serta mewujudkan ciri-ciri sekolah penyayang 
*Memberi perkhidmatan kaunter dan lain-lain perkhidmatan dengan mesra, berbudi bahasa dan efisien 
*Mematuhi etika kerja dan berintegriti  

Prinsip Sekolah



"Yang baik menjadi lebih baik dan lebih baik menjadi terbaik dan kita menjadi terbaik antara yang  terbaik"

Lencana Sekolah


Sunday, 7 April 2013

IKRAR SEKOLAH


IKRAR SEKOLAH

Bahawasanya, kami murid Sekolah Kebangsaan Benoni Papar, akan belajar bersungguh-sungguh, demi mencapai masa depan yang cemerlang. Mematuhi peraturan sekolah, mengharum, menjaga bangunan dan nama baik sekolah kami. Bertoleransi, menghormati ibubapa, guru-guru serta orang yang lebih tua daripada kami. Berlandaskan atas prinsp-prinsip yang berikut :-

1) Kepercayaan kepada tuhan
2) Kesetiaan kepada raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaulatan undang-undang
5) Kesopanan dan kesusilaan

SEKOLAH SK BENONI, PAPAR







Visi dan Misi Sekolah


VISI

Sekolah Kebangsaan Benoni cemerlang 2015


MISI

Memberi pendidikan berkualiti melalui system pengurusan yang mantap dan komitmen staff yang tinggi.




Lagu Sekolah


LAGU SEKOLAH

Tajuk: Akhlak Mulia

Belajar bersungguh hati
Untuk jati diri
Lambing beribadi
Pada ibu pertiwi

Sk benoni gemilang
Penuh gedung ilmu
Maju berusaha jaya
Itulah tekad kita

Kita harus motivasi
Cari ilmu akhlak diri
Memimpin ke mercujaya
Aman sentosa bahagia

Marilah bersatu hati
Tingkatkan kualiti jaya
Ilmu penuh di dada
Lambing kejayaan kita.
SEJARAH SK BENONI


Sekolah Kebangsaan Benoni merupakan sebuah sekolah di perkampungan yang majoriti penduduknya terdiri dari kalangan masyarakat Melayu Brunei. Kawasan sekolah ini terletak di sebuah kampung yang bernama Kampung Benoni, Daerah Papar. Jarak sekolah ini dari Pekan Papar kira-kira 10 kilometer. Manakala penduduk di kawasan sekolah ini pula sejumlah kira-kira 5,000 orang.
Sekolah ini dibina dan digunakan pada tahun 1945 iaitu ketika Sabah masih dalam pemerintahan Jepun. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan yang baru oleh Kerajaan British dalam tahun 1948-1958.Pada tahun 60-an iaitu setelah Sabah mencapai kemerdekaan, bangunan sekolah ini sekali lagi telah digantikan dengan bangunan baru oleh kerajaan Negeri Sabah.
Sekitar tahun 1945-1958, bahan-bahan yang digunakan untuk membina bangunan sekolah terdiri daripada papan, bamboo atau buluh dan beratapkan daun rumbia serta daun nipah (bangunankayu). Manakala pada tahun 50-an dan 60-an, sekolah ini telah diubahsuai dan bahan binaannya terdiri daripada papan, zink dan batu. Namun, pada tahun 70-an, bangunan sekolah ini telah diroboh, menjadikan sekolah ini terdiri daripada 80% bahan kayu dan selebihnya zink, cermin serta batu.
Sehingga awal tahun 1980, pembangunan semakin pesat dan kesedaran akan kepentingan pendidikan semakin meninggi dalam kalangan masyarakat setempat. Natijahnya, bangunan sekolah ini ditambah lagi dengan sebuah bangunan batu bertingkat yang mula digunakan dalam tahun 1983 sehingga sekarang.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Benoni yang lama pada sekitar tahun 1945-1948 telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Benoni sendiri, Manakala bangunan yang baru pula didirikan oleh pihak Kerajaan Pusat dan Negeri. Kemudahan yang terdapat dalam bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan bercantum iaitu 6 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar serta kemudahan asas untuk murid. Luas kawasan sekolah ini ialah kira-kira 4.54 ekar mengikut State of Sabah.