Sekolah Kebangsaan Benoni merupakan sebuah sekolah
di perkampungan yang majoriti penduduknya terdiri dari kalangan masyarakat Melayu
Brunei. Kawasan sekolah ini terletak di sebuah kampung yang bernama Kampung Benoni, Daerah Papar. Jarak sekolah ini dari Pekan Papar kira-kira 10 kilometer. Manakala penduduk
di kawasan sekolah ini pula sejumlah kira-kira 5,000 orang.
Sekolah ini dibina dan digunakan pada tahun
1945 iaitu ketika Sabah masih dalam pemerintahan Jepun. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan
yang baru oleh Kerajaan British dalam tahun 1948-1958.Pada tahun 60-an iaitu setelah
Sabah mencapai kemerdekaan,
bangunan sekolah ini sekali lagi telah digantikan dengan bangunan baru oleh kerajaan Negeri
Sabah.
Sekitar tahun
1945-1958, bahan-bahan yang
digunakan untuk membina bangunan sekolah terdiri daripada papan, bamboo
atau buluh dan beratapkan daun rumbia serta daun nipah (bangunankayu). Manakala pada tahun
50-an dan 60-an, sekolah ini telah diubahsuai dan bahan binaannya terdiri daripada papan,
zink dan batu. Namun, pada tahun 70-an, bangunan sekolah ini telah diroboh,
menjadikan sekolah ini terdiri daripada 80% bahan kayu dan selebihnya zink,
cermin serta batu.
Sehingga awal tahun
1980,
pembangunan semakin pesat dan kesedaran akan kepentingan pendidikan semakin meninggi dalam kalangan masyarakat setempat.
Natijahnya, bangunan sekolah ini ditambah lagi dengan sebuah bangunan batu bertingkat
yang mula digunakan dalam tahun 1983 sehingga sekarang.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Benoni
yang lama pada sekitar tahun 1945-1948 telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Benoni sendiri,
Manakala bangunan yang baru pula
didirikan oleh pihak Kerajaan Pusat dan Negeri. Kemudahan yang
terdapat dalam bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan bercantum iaitu 6
buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar serta kemudahan asas untuk murid.
Luas kawasan sekolah ini ialah kira-kira 4.54 ekar mengikut State of Sabah.
No comments:
Post a Comment