Tuesday, 9 April 2013
Monday, 8 April 2013
Konsep Sekolah dan Piagam Pelanggan
* Tahap kecemerlangan adalah infiniti tiada
had dan tiada titik akhir
* Peningkatan dan penambahbaikan kecemerlangan
yang berkesan
* Mencapai tahap kecemerlangan
yang maksimum dan sebaik mungkin
PIAGAM PELANGGAN
*Memberi perkhidmatan cemerlang dan berkualiti
* Memberi peluang seluas mungkin kepada murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum .
*Berusaha menyediakan
guru dan anggota kumpulan sokongan yang berkualiti, berinovasi dan kreatif
*Menyalurkan maklumat kepada staf,
murid dan ibubapa dengan kadar segera
*Menyediakan suasana persekitaran sekolah
yang selamat dan selesa serta mewujudkan ciri-ciri sekolah penyayang
*Memberi perkhidmatan kaunter dan
lain-lain perkhidmatan dengan mesra, berbudi bahasa dan efisien
*Mematuhi etika kerja dan berintegriti
Prinsip Sekolah
"Yang baik menjadi lebih baik dan lebih baik menjadi terbaik dan kita menjadi terbaik antara
yang terbaik"
Sunday, 7 April 2013
IKRAR SEKOLAH
IKRAR SEKOLAH
Bahawasanya, kami murid Sekolah
Kebangsaan Benoni Papar, akan belajar bersungguh-sungguh, demi mencapai masa
depan yang cemerlang. Mematuhi peraturan sekolah, mengharum, menjaga bangunan
dan nama baik sekolah kami. Bertoleransi, menghormati ibubapa, guru-guru serta
orang yang lebih tua daripada kami. Berlandaskan atas prinsp-prinsip yang berikut
:-
1) Kepercayaan kepada tuhan
2) Kesetiaan kepada raja dan Negara
3) Keluhuran perlembagaan
4) Kedaulatan undang-undang
5) Kesopanan dan kesusilaan
Visi dan Misi Sekolah
VISI
Sekolah Kebangsaan Benoni cemerlang 2015
MISI
Memberi pendidikan berkualiti melalui system pengurusan yang mantap dan komitmen staff yang tinggi.
| ||||
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
Tajuk: Akhlak Mulia
Belajar bersungguh hati
Untuk jati diri
Lambing beribadi
Pada ibu pertiwi
Sk benoni gemilang
Penuh gedung ilmu
Maju berusaha jaya
Itulah tekad kita
Kita harus motivasi
Cari ilmu akhlak diri
Memimpin ke mercujaya
Aman sentosa bahagia
Marilah bersatu hati
Tingkatkan kualiti jaya
Ilmu penuh di dada
Lambing kejayaan kita.
SEJARAH SK BENONI
Sekolah Kebangsaan Benoni merupakan sebuah sekolah
di perkampungan yang majoriti penduduknya terdiri dari kalangan masyarakat Melayu
Brunei. Kawasan sekolah ini terletak di sebuah kampung yang bernama Kampung Benoni, Daerah Papar. Jarak sekolah ini dari Pekan Papar kira-kira 10 kilometer. Manakala penduduk
di kawasan sekolah ini pula sejumlah kira-kira 5,000 orang.
Sekolah ini dibina dan digunakan pada tahun
1945 iaitu ketika Sabah masih dalam pemerintahan Jepun. Bangunan lama sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan
yang baru oleh Kerajaan British dalam tahun 1948-1958.Pada tahun 60-an iaitu setelah
Sabah mencapai kemerdekaan,
bangunan sekolah ini sekali lagi telah digantikan dengan bangunan baru oleh kerajaan Negeri
Sabah.
Sekitar tahun
1945-1958, bahan-bahan yang
digunakan untuk membina bangunan sekolah terdiri daripada papan, bamboo
atau buluh dan beratapkan daun rumbia serta daun nipah (bangunankayu). Manakala pada tahun
50-an dan 60-an, sekolah ini telah diubahsuai dan bahan binaannya terdiri daripada papan,
zink dan batu. Namun, pada tahun 70-an, bangunan sekolah ini telah diroboh,
menjadikan sekolah ini terdiri daripada 80% bahan kayu dan selebihnya zink,
cermin serta batu.
Sehingga awal tahun
1980,
pembangunan semakin pesat dan kesedaran akan kepentingan pendidikan semakin meninggi dalam kalangan masyarakat setempat.
Natijahnya, bangunan sekolah ini ditambah lagi dengan sebuah bangunan batu bertingkat
yang mula digunakan dalam tahun 1983 sehingga sekarang.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Benoni
yang lama pada sekitar tahun 1945-1948 telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Benoni sendiri,
Manakala bangunan yang baru pula
didirikan oleh pihak Kerajaan Pusat dan Negeri. Kemudahan yang
terdapat dalam bangunan sekolah ini terdiri daripada tiga buah bangunan bercantum iaitu 6
buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru besar serta kemudahan asas untuk murid.
Luas kawasan sekolah ini ialah kira-kira 4.54 ekar mengikut State of Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)